Selama beberapa tahun menjalani hidup di
perantauan, suasana rencah hidup di kampung amat dirindui. Ketenangan dan
kedamaian dikampung tidak mampu ditandingi dengan kemajuan yang pesat di
kota.
Sesekali menghabiskan masa di kampung amat mengujakan. Rasanya berbulan juga saya tidak menjenguk tanah tempat saya membesar. Walaupun tidaklah sejauh manapun disebabkan atas faktor tertentu, hajat mengunjungi kampung sentiasa terbatal.
Kali ini, peluang yang ada tidak akan disia-siakan. Percutian selama 3 hari yang ada, ingin saya nikmati sepuas-puasnya bersama isteri dan anak-anak tersayang. Rehatkan dan relakskan minda adalah salah satu cara mengurangkan segala bebanan masalah yang dihadapi.
Suasana yang jarang sekali kita rasai pasti mendatangkan sinar keceriaan apatah lagi dapat mencium tangan ayah dan ibu. Selagi hayatnya ada, pastinya setiap saat yang ada digunakan sebaiknya untuk menggembirakannya, mengukirkan senyuman diwajahnya sebelum semua itu diragut oleh ketentuan takdir Illahi.
![]() |
| Indahnya kehidupan dikampung |

Felda Ulu Penggeli, adalah kampung
halamanku. Dikelilingi deretan pokok sawit menghijau membenarkan setaip
penghuni muka bumi ini menghirup udara dengan kadar pelepasan oksigen ke
udara yang segar dan belum tercemar.
Berbanding hidup di kota besar, deretan pokok
yang menghijau amat sedikit sekali. Yang ada cuma bangunan, pejabat, shopping
mall dan lain-lain infrastruktur. Bandar dalam taman yang dirancang
nampaknya masih beum benar-benar dapat dibanggakan. Mencari ketenangan dikampung amat sesuai
untuk bermuhasabah diri. Memperbaiki kelemahan diri. Indahnya kampung.
Indahnya tanah air bumi Malaysia ini. Aman dan menenangkan jiwa.

No comments:
Post a Comment